Thursday 22 December 2011

Selendang Punya cerita!!!

huaaaaa!!!!!!! CPK ngah frust giler2 nih.... nak tau kenapa???? ummmmm tengoklah nih.... esok malam ade dinner tok akhir sem kami.... nak lah pakai selendang macam mase hari raya hari tuh... TAPI!!! dah lupe macam mana nak pakai!!! huaaaa... sedey nyer.... x kan nak pakai tudung bawal jerk.... nak lah lain ckit (kononnya....) ummmmmm.. jam 8.30-10.00 terbelit sana terbelit sini..
dari satu2 baju dah try tetap x kena jugak... my roomate cakap dah ok dah...
Tapi CPK yg empunya kepala nih yang x selesa nak memakainya.....
tengok orang lain pakai kenapalah cantik jer die pakai.. ker perasaan kite sendiri... orang lain tengok kite pakai biaseje.. kite yang ase macam x kene.. huuuuu....
selendang oh selendang.... napa lah kau nih x sebati ngan diri ku.... memang kite x pandai nak membelit2 nih.... habis tercekik leher... itu ok lagi... dengan jarum peniti nyer tercucuk2... huuu sakit woooo...

tengok jelah malam esok apa kesudahannya... pakai selendang or juz pakai tudung bawal biase...
ummmm... 2 lah lain kali kenalah biase kan diri pakai... dah sekali pakai.. tu je lah sekali.... ti nak pakai lain kali dan x reti...

dah jugak intai2 dekat YOUTUBE tengok tutorial cara pakai ..TAPIII urmmmmm same jer... tangan nih keras sangat nak membelit kepala ni ha... kalo melukis lembut je tangan nih... ape kes ntah.... ishhh....


comelnyer die pakai... elok jer... haha

tapi kita ada bace kat satu blog nih.. lelaki lah.. die macam x berapa gemar tengok perempuan2 yang pakai slendang nih.. panas lah jugak bace... tapi ada betolnyer.. ni serba sedikit entry abg nih :

1. Walaupun ini berkaitan penafsiran wanita. Aku rasa tak sesuai di letakkan dalam Terfaktab. Mungkin kerana kandungan dari penulisan isi hati (peribadi) aku ini agak sedikit offensive.

2. Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana, Cik Epal, atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)

3. Adakah bila korang melihat isi rupa blog tersebut, fikiran korang akan sama seperti aku? Adakah korang akan berkata "Eee comelnye", "Eee, cantiklah u pakai tudung macam ni". Atau fikiran korang akan sama seperti aku "Mak aih, melaram besar-besar muka ha. Dah lah berat blog ni, nak bukak pun lambat, banyak sangat gambar saiz 500kb!"

4. Ok, cukup di blog. Sekarang lihat di alam realiti. Alam luar. Perhatikan gadis-gadis yang berhijab seperti aku maksudkan. Ramai? Ye, memang ramai. Even teman wanita aku tak terlepas dengan trend sebegini.

5. Aku sebagai lelaki bertoleransi, aku tak halang dengan hak seorang perempuan berfesyen. Namun, sebagai lelaki berperasaan, kadangkala mata aku sakit dan hati aku luka dengan fesyen melampau-lampau dari golongan gadis sebegini. Terutamanya dari segi WARNA dan sisi definasi AURAT.

6. Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar. Tapi, bila lihat di alam realiti. Pun sama mata aku sakit, sakit sebab berbonjol-bonjol dan mengetat-ngetat.

7. Ye aku faham, perempuan sukakan kecantikkan dan lebih-lebih lagi jika masih single (belum berkahwin). Rasa untuk expose itu menebal. Jadi, tak heran jika blog gadis sebegini akan memaparkan wajah sendiri sebesar-besar mungkin di header blog dan pada setiap entri. Usah di tanya gaya bergambar. Pasti korang lebih faham bukan?

8. Wajah kita adalah aset penting. Sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan, mahu menjaga wajah. Jadi, aku nak tanya, jika wajah itu penting, kenapa perlu murah hati memaparkan wajah pada umum?. Kenapa perlu murah hati menunjuk pada semua kelebihan wajah sendiri? Bukankah sepatutnya kita patut menjaga wajah kita dengan bersikap rendah diri dan tidak mencapap? Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?

9. Ada orang cakap blog sebegitu untuk tutorial cara-cara memakai hijab. Ye, aku tahu. Tapi, biarlah lebih jelas. Ini bukan sekadar memakai hijab. Tapi, tutorial tentang bagaimana cara MENGEKSPLOITASI kan pemakaian hijab supaya seorang wanita itu nampak cantik tanpa mendedahkan AURAT UTAMA iaitu rambut semata-mata (Ini pandangan peribadi aku). Tapi, bagaimana dengan aurat lain? Skinny jeans itu sesuaikah? Baju saiz XXS untuk badan bersaiz S. Sesuaikah?

so no komen.. haha.. terpulang pada setiap individu untuk menilainya.. sekian...

No comments:

Post a Comment