Monday 5 March 2012

Siapa Lelaki Tua Itu...

     Dari siang sampai ke malam, x penat ker pak cik tuh? die kena paksa kerja ker.. memang dia sendiri yang nak kerja ea? Tapi tak kanlh dari siang sampai malam.. ummm mungkin dia ayah kepada owner kedai makan ni kot.. bisik hati kecil si gadis.. menyaksikan susuk tubuh berkenaan mengingatkan si gadis akan ayahnya yang berada di kampung yang semakin menginjak usia tua.. alagkah sedihnya melihat seorang lelaki tua membawa dulang menghantar pesanan kepada pelanggan. Kalau itu, boleh dikira lagi, tapi patutkah dia di herdik kerana kesalahan yang tidak dia sengajakan?? hanya salah menghantar pesanan ke meja lain sudah di marah begitu..

      Tapi kalo yang marah itu adalah pemilik kedai tersebut ok lagi, tapi... pekerja yang menjadi tukang masaknya.. Besar sangat ke pangkat awak tu setakat menjadi tukang masak sampai nak marah2 orang tua tuh.. Hati kecil si gadis tertanya2 dan ingin sahaja berbual dengan lelaki tua itu.. tapi melihatkan keadaanya yang begitu tak menang tangan menghantar pesanan itu ini menyebabkan si gadis tidak dapat meneruskan hasratnya, mungkin esok, lusa dia akan meneruskan hasratnya itu..

     Si gadis hanya mampu berdoa agar, lelaki tua itu tabah dengan dugaan dan apa jua kedaan yang perlu dia lalui, pasaan rindu si gadis terhadap ayahnya mulai mendalam.. ya mungkin minggu ini gadis itu akan balik kampung ingin bertemu hero hatinya... <3

No comments:

Post a Comment