Tuesday 18 December 2012

Jom kenali psgn anda dgn 4 Unsur Alam...

Salam... rini CPK nk sentuh hal nih jap... tibe2 tergerak nk sentuh bab nih... tentang hal unsur2 alam yang ada dalam diri kita... kadang2 bnde nih kite dah tau tapi macam x bape nk amek berat...tapi hari tuh ade lah CPK berjumpa ngn seorang akak nih... dia lah yang membuatkan CPK asyik terpikir kan hal nih..nak tau kebenarannya..betul ke x ea bende2 nih..kadang2 ase mcm juz saje2 orang2 zaman mak ayh n atok nenek kite gune jer dlu..huuu..tapi sape2 tahu pasal nih..boleh lh gitau CPK ea.. :)

WANITA TANAH 
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20 Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari). *seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. 


WANITA API 
 Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN  
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR  
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari- 20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain


Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan. 
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh 
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas 
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas 

WANITA BERUNSUR TANAH 

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban. 
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah. 
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. 
4) Tidak suka membantah atau membangkang. 
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. 


WANITA BERUNSUR AIR 
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. 
2) Mengambil berat. 
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan. 
4) Menenangkan pasangan. 
5) Sangat romantis. 
6) Mudah menangis. 


WANITA BERUNSUR API 
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan. 
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga. 
3) Penasihat yang baik. 
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga. 
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu. 
6) Berwaspada selalu. 


WANITA BERUNSUR ANGIN 
1) Lemah lembut dan menenangkan. 
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu. 
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. 
4) Bijak mewujudkan suasana selesa. 
5) Hati yang cepat berubah ubah.


2 comments: